Rockers Dakwah [bahagian 2]

Jom kita kenali rockers-rockers yang kini aktif dengan lagu-lagu dakwah.

AKHIL HAYY (ex-D’Riyadh)

Rasanya seantero Malaysia kenal siapa Akhil Hayy. Akhil Hayy merupakan bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh. Kumpulan ini pernah merakamkan 3 buah album iaitu Hikayat Rock (1988), Pancakaradia Cakarewala (1989) dan Media 88/89 (1990).D’Riyadh berpecah pada tahun 1991. Selepas berpecah, Akhil Hayy mula mendalami ilmu agama.

Hasilnya,beliau telah aktif dalam bidang dakwah. Namanya cukup gah di persada pentas ceramah agama,politik serta persembahan. Walaupun sering diuji dengan pelbagai kontroversi namun beliau tetap tabah mara ke hadapan.

Akhil Hayy semasa berceramah

Dalam kalangan pendokong Parti Islam SeMalaysia (PAS), Akhil Hayy sememangnya sudah dikenali malah sejak sebelum beliau tampil ke arena hiburan secara terbuka. Pendekatan ceramah dan diselitkan dengan nyanyian oleh beliau merupakan satu pendekatan baru. Hasilnya,ramai penceramah ikut cara beliau.

Sehingga kini,beliau masih aktif dalam bidang hiburan bercorakkan dakwah. Album yang diterbitkan sehingga kini ialah VC-1423H (secara indie), Nasyid Lagenda, Di Bawah Satu Cahaya, Kembara Sufi (album zikir), Nasyid Lagenda II dan Koleksi Terbaik.

Atas pentas persembahan, beliau aktif dalam memenuhi jemputan persembahan terutama yang dianjurkan oleh gerakan-gerakan Islam di Malaysia.Beliau juga pernah terlibat dalam rancangan Cafe Akhil Hayy.

Dan dalam bidang perniagaan pun,Akhil Hayy turut serta. Buktinya, penubuhan Akhil Network. Antara produk-produk keluaran Akhil Network ialah perfume, pakej umrah dan sebagainya.Selain itu, Akhil turut bekerjasama bersama HPA Industries bagi memasarkan produk Akhil Perfume.

sekitar majlis Akhil Hayy bersama HPA

Dalam bidang hiburan,cabaran dan kontroversi sememangnya tak dapat dielak. Dan kemelut yang dihadapi Akhil Hayy sedikit sebanyak menenggelamkan nama beliau.Namun atas kegigihan,beliau masih aktif dan bangkit dalam menyampaikan dakwah.

semasa pelancaran Akhil Network

Namun setelah kemelut rumah tangga selesai,beliau kembali bangkit untuk aktif kembali dalam arena dakwah. Ceramahnya masih mendapat sambutan.Buktinya,beliau kembali aktif pada awal tahun 2010 lalu dengan ceramah umum. Dan sambutannya amat menggalakkan.

ceramah di Kampung Kurnia,Johor Bharu (13 Disember 2009)
ceramah di Kampung Padang Tembak (awal 2010)

Pendekatan beliau tetap mendapat sambutan orang-orang muda. Beliau dilihat lebih memahami jiwa remaja dan cuba masuk dengan dunia remaja. Lihat sahaja penampilan beliau dengan gaya muda,berseluar jeans dan selamba rock. Dengan pendekatan inilah menyebabkan beliau dipanggil dengan gelaran Ustaz Rock.

Walaupun sering disekat untuk memberi kuliah atas alasan tiada tauliah namun dakwah tetap diteruskan. Secara mudah,boleh dikatakan Akhil Hayy sebagai rockers yang serba boleh.

See Original Here :

Rockers Dakwah [bahagian 2]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: