Rockers Dakwah [bahagian 3]

RENGGO (ex-ARROW)

Kepada peminat-peminat rock jiwang,mesti ingat lagu Tak Suka Tak Apa dan Niat Hati Tak Nak Berpisah. Lagu-lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan Arrow.Setelah sekian lama menyepi, vokalis Arrow, Renggo kini tampil semula ke dunia hiburan namun konsepnya ialah dakwah.

Renggo lebih dikenali sebagai Raja Syahdu. Beliau telah membuat kejutan apabila menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada tahun 2009 semasa kempen Jom Sertai PAS.Beliau berhijrah kepada bidang dakwah setelah tertarik dengan ucapan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz yang penuh dengan mesej-mesej dakwah walaupun ringkas.

Sejak menyertai gerakan Islam, Renggo kian aktif memenuhi undangan bagi persembahan-persembahan kesenian Islam. Ketika melancarkan album dakwah pertamanya, Pesan Tok Guru, Renggo menyatakan untuk kekal dengan genre rock dan balada kerana yakin,dakwah perlukan muzik yang segar. Persembahan Renggo lebih tertumpu kepada anjuran-anjuran gerakan Islam dan beberapa buah kerajaan negeri sahaja kerana penglibatan beliau secara rasmi dalam dunia politik.

Hijrah beliau ke arena dakwah tidak memberikan kesan kepada sokongan peminat. Malah difahamkan,jualan album kedua Renggo selepas berhijrah, Raja Syahdu, cukup memuaskan.

Pelbagai jemputan persembahan dan sambutan hangat terhadap album-albumnya membuktikan bahawa walaupun menyertai gerakan Islam dan tidak lagi mementingkan zaman kegemilangan namun beliau masih mampu berdakwah.

Teringat kata-kata Renggo semasa pelancaran album Pesan Tok Guru, kita nak berjuang lagu pun kena semangat.Kata-kata ini jelas menggambarkan bahawa rock dan balada turut memainkan aspek penting dalam perjuangan dakwah.

Visit link:
Rockers Dakwah [bahagian 3]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: