Maher Zain di Malam Amal Setulus Kasih, Penghujung Disember 2010

Figura hebat nasyid dari Sweden, Maher Zain dijangka akan kembali ke Malaysia lagi pada hujung Disember ini. Walau bagaimanapun, kedatangan beliau kali ini bukanlah atas sebab untuk membikin konsert berskala besar seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Kedatangan penyanyi yang popular dengan lagu Insyaallah ini adalah bagi membuat satu persembahan amal anjuran Muslim Aid dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ. Apa yang menarik, persembahan yang akan dibuat bertempat di The Summit Hotel, USJ akan diadakan selama tiga hari berturut-turut mulai 26, 27, dan 28 Disember 2010.

Dalam satu kenyataan yang diterima pihak Munsyeed.com, tujuan persembahan amal ini adalah untuk membantu Rumah Titian Kaseh (RTK) mengumpul dana untuk mendapatkan sebuah rumah yang lebih selesa untuk para penghuninya. Ini kerana mereka terpaksa berhimpit di sebuah rumah sahaja selepas diarahkan keluar daripada rumah lain yang sudah diduduki hampir 13 tahun.

Atas dasar itu, pihak penganjur bekerjasama untuk mengambil inisiatif bagi menganjurkan konsert amal tersebut. Menurut pihak pengajur lagi, mereka amat berharap agar dapat mengutip sumbangan daripada individu hasil daripada penganjuran konsert amal, selain berhibur dengan lagu-lagu indah daripada Maher Zain.

Tiket-tiket yang dijual berharga RM 200, RM 300, RM500 dan RM1000. Untuk tempahan dan pembelian kerusi dan meja, hubungi : (Muslim Aid) 03-2288 1996

sumber:

munsyeed.com

Here is the original post:

Maher Zain di Malam Amal Setulus Kasih, Penghujung Disember 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: