Nasyid Cafe: Belajarlah Menerima Kritikan.

1- Generasi nasyid Malaysia yang kebudak-budakan? Ini merupakan tajuk cadangan untuk rencana pada hari ini tetapi tidak saya gunakan. Tidak ada sebab yang spesifik dan tidak juga kerana terdapat apa-apa ancaman bunuh keatas diri saya atau keluarga daripada peminat-peminat fanatik nasyid atau pun dari anggota kumpulan nasyid yang masih hingusan. Namun rencana ini sedikit sebanyak ada kaitannya dengan sikap kebudak-budakkan peminat nasyid ataupun munsheed itu sendiri.

2- Apabila terdapatnya sesuatu kritikan dilemparkan, perkara pertama yang akan dapat kita saksikan adalah akan terdapatnya cabaran-cabaran untuk membuat kritikan secara berdepan. Sungguh kebudak-budakan. Lihat sahaja entri paling popular saya yang hampir-hampir menjadikan saya sepopular Anwar Ibrahim atau Lady Gaga baru baru ini, iaitu entri berkenaan nama-nama kumpulan-kumpulan nasyid hari ini yang cincai dan mengarut-ngarut. Terdapat cabaran untuk saya bersemuka dan lemparkan kritik secara berdepan. Untuk apa? Untuk membuktikan keberanian?

Hang tak puas hati dengan nama kumpulan aku, jom jumpa bawah jambatan!

3- Tidak cukupkah dengan keberanian mengkritik di alam maya ini? Sekiranya kritikan itu dilemparkan dari ruang blog adakah ia menjadikan kritikan itu sebagai invalid atau tidak sah selagi tidak melemparkan kritik secara bersemuka? Saya cukup hairan dengan mentaliti mentah seperti ini. Sekiranya diruang maya ini pun anda tidak mempunyai jawapan, apa yang membuat anda fikir sekiranya kritikan dilemparkan kemuka anda secara berhadapan akan membuatkan anda mempunyai jawapan? Atau ada agenda disebaliknya? Ingat, kadangkalanya cabaran-cabaran ini datang dari ahli kumpulan nasyid itu sendiri.

Ooo.. Kau la si Malaun yang kutuk nama kumpulan aku itu hari. Jom kawan kawan, mari kita pukul sama dia. Berani dia kutuk kumpulan SeeHeartOneBunny

4- Saya rasa sebagai pengkritik nakal, tidaklah perlu untuk saya mengembara mencari kumpulan-kumpulan nasyid untuk dikritik secara berdepan. Banyak lagi benda yang berfaedah yang boleh saya lakukan. Namun sekiranya anda ingin berjumpa dengan saya secara bersemuka, saya tidak akan menolak. Mungkin saya boleh berikan penjelasan dengan lebih lanjut kepada anda. Lainlah kalau saya menabur fitnah merata-rata. Mungkin saya akan berpindah, bermastautin di Kanada atau Switzerland dan bekerja sebagai seorang nelayan yang berjaya.
5- Sejauh mana mampunya penasyid hari ini menerima kritikan, tidak kira lah membina atau untuk menjatuhkan. Sejauh mana kekuatan penasyid hari ini menempuh mehnah dan tribulasi? Niat si pengkritik kadang-kadang bermacam-macam. Ada yang ikhlas ingin menegur dan ada pula yang diselubungi dengan hasad dan niat yang tidak baik. Sejauh mana kemampuan penasyid untuk membezakan diantara keduanya?

Saya rasa tadi awak nyanyi lari tempo dan tak sampai pitch di bahagian korus
Saya rasa tadi muka awak macam bigfoot di bahagian korus

6- Seharusnya penasyid hari ini mempunyai kemampuan untuk menerima kedua-dua jenis kritikan, samada yang membina dan yang sebaliknya. Kedua-dua kritikan ini seharusnya dianggap sebagai membina dan sebagai cabaran untuk menjadi lebih baik. Namun apa yang menyedihkan apabila terdapat segolongan penasyid hingusan lagi mentah yang tidak mampu berbuat sedemikian. Yang lebih malang apabila setiap kritikan yang dilemparkan kepada mereka dan kumpulan mereka dianggap sebagai berniat jahat dan malis, tidak kira semembina mana pun sesuatu kritikan itu. Sungguh menjengkelkan!

Apa? Ana nyanyi sumbang? Apa anta tahu? Anta bukannya penasyid. Ana pukul anta!
Apa? Muka ana macam asparagus? Ana pukul anta!

7- Belajarlah menerima kritikan wahai sahabat-sahabat. Tidak kiralah samada kritikan itu baik, buruk atau melampau. Gunakan platform itu untuk meningkatkan sahsiah diri dan menjadi yang lebih baik. Betul atau tidak kritikan yang dilemparkan, jangan terlalu cepat untuk mencari jawapan balas. Fikirkan dulu. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih.

Apa? Ana nyanyi sumbang? Terima kasih kerana menegur. Nanti ana akan berlatih dengan lebih tekun
Apa? Muka ana macam big foot? Terima kasih kerana menegur. Nanti ana buat plastic surgery kasi hensem macam Sidi Oraza

8- Anda punya pendapat tersendiri? Kongsi di ruangan komen. Anda boleh gunakan nama samaran atau nama mengikut kad pengenalan. Jangan risau, saya tidak akan cabar anda untuk jumpa saya dibawah jambatan.


Go here to see the original:
Nasyid Cafe: Belajarlah Menerima Kritikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: