Nasyid Cafe: Generasi Nasyid Malaysia Yang Jengkel Part 2.

1- Satu perkara yang paling pantang apabila saya mendengar sesebuah lagu adalah apabila seseorang penyanyi itu menyanyikan sesebuah lagu itu secara tidak betul ataupun penyanyi latar yang menyanyikan harmoni secara tidak tepat. Sangat pantang. Semasa melayari youtube tempoh hari untuk mendengar lagu-lagu terbaru daripada kumpulan nasyid generasi baru hari ini, bukan satu atau dua lagu yang membuatkan saya hampir menumbuk skrin komputer.

2- Saya tidak tahu dimana silapnya. Saya percaya apabila kumpulan-kumpulan ini memilih untuk merakam album, mereka sepatut dan seharusnya sudah yakin bahawa mereka telah membuat persediaan yang rapi dan cukup dan benar-benar yakin bahawa mereka sudah layak untuk menjejakkan kaki kedalam arena arus utama nasyid tanah air, tidak kiralah dengan niat samada untuk berdakwah atau sekadar untuk menjadi seorang penghibur islami.

3- Saya percaya kumpulan-kumpulan ini ada melantik penerbit untuk membantu proses rakaman. Kenapa masih ada ALBUM yang diselit dengan nyanyian-nyanyian sumbang, tidak menurut tempo dan tidak mengikut not? Seseorang produser perlu mengambil perkara ini dengan lebih serius. Kerana itu lah tugas seorang producer, diantara lainnya memastikan produk yang anda keluarkan mempunyai mutu dan tampak unggul., paling kurang pada aspek teknikal Tetapi kalau penerbit itu sendiri sebenarnya bidan terjun, bagaimana?, Maka hasilnya adalah rakaman lagu-lagu nasyid yang tidak mempunyai kualiti, teruk dan hodoh.

Munsheed: Wuk wuk wuk! Ok ke bang?
Producer: Wuk wuk wuk. Bagus.

4- Tak kira nasyid atau bukan nasyid, sebuah lagu tetap sebuah lagu dan hak sebuah lagu adalah untuk dinyanyikan dengan baik dan betul. Pernah dengar ungkapan; meletakkan sesuatu pada tempatnya?  Konsep ‘adalah? Sekiranya kalian tidak mampu menyanyikan sebuah lagu dengan betul maka tak usah dirakam lagu itu. Sekiranya tidak tahu menyanyi, usah jadi penyanyi.

5- Bukan satu atau dua, tetapi boleh tahan juga banyaknya kumpulan-kumpulan baru yang merakam “album” yang mana hasil nyanyiannya sangat mengecewakan. Sedap atau tidak sesebuah lagu itu adalah subjektif tetapi betul atau tidak lagu itu dinyanyikan adalah objektif. Ia tidak terbuka kepada pendapat. Kalau ianya salah maka salah lah ia. Kita bukannya mengkritik samada sedap atau tidak sesebuah lagu itu tetapi betul atau tidak pembawaan lagu tersebut.

6- Kadang-kadang kumpulan kumpulan nasyid yang muncul bagai cendawan dengan nama-nama yang pelik-pelik ini (dan penerbitnya yang kadang-kadang tidak tahu bagaimanakah caranya untuk menerbit), saya lihat hanya tangkap muat sahaja apabila merakam vokal. Bagaimana didalam sebuah lagu untuk sebuah ALBUM boleh ada gelinciran suara? Boleh ada nyanyian latar yang tidak betul? Tergelincir suara semasa persembahan adalah sesuatu yang normal. Tapi didalam lagu yang dirakam didalam sebuah studio, kesilapan-kesilapan seperti ini tidak seharusnya ada.

Alamak, masa kita rakam lagu tadi ada hang nyanyi sumbang lah
Jangan risau, rata-rata peminat nasyid bukan cerdik pun. Selagi mesej kita positif, diorang takkan kisah. Lagipun nama kumpulan kita SeeUsCherishKindnesS tak salah nahu inggeris

7- Harmoni latar merupakan nyanyian iringan yang terlalu kerap diambil secara lewa atau digubah tanpa panduan yang betul. Memang mengecewakan. Didalam sesebuah rakaman lagu, harmoni latar memainkan peranan  yang sama pentingnya dengan nyanyian utama. Sumbang nyanyian latar maka rosaklah keseluruhan lagu itu. Perkara-perkara asas dalam nyanyian seperti ketepatan nota yang dinyanyikan selalu dipandang sebelah mata. Atau pun memang tidak dipandang langsung kerana kurang ilmu mengenai seni nyanyian.

8- Maka selepas ini ada lah pula mereka-mereka yang warak lagi zuhud yang akan berkata: Kenapa perlu pentingkan sangat cara nyanyian asalkan mesej yang dibawa itu baik dan menuju syurga di tingkat yang paling atas. Apa ada pada nyanyian. Biarlah nyanyi macam burung wak wak pun asalkan mesejnya baik. Kalau begitu saya kira tak usahlah bernasyid. Sampai saja ceramah bebas. Itu pun sekiranya anda tidak ditangkap kerana tidak mempunyai tauliah.

Anda ditahan kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah”
Tapi Encik saya bernasyid, bukannya berceramah. Nasyid pun perlu tauliah ke?”
Kalau nyanyi macam beruang macam tu, memang nasyid patut ada tauliah”

9- Sekiranya anda tidak mempunyai bakat dalam seni suara maka tak usahlah membuang masa menceburi bidang seni suara. Jika tidak mempunyai bakat tetapi minat terlalu membuak-buak, luangkanlah masa untuk belajar dengan mereka-mereka yang berpengalaman atau ahli didalam bidang seni suara. Sekian.

10- Anda ada pendapat yang berbeza? Sila berikan pendapat di bahagian komen.

Original Source : Nasyid Cafe: Generasi Nasyid Malaysia Yang Jengkel Part 2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: