Nasyid Cafe: Generasi Nasyid Malaysia Yang Jengkel. Sebuah Penerangan.

1- Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis satu entri yang mempromosikan Islam sebagai agama yang dipenuhi dengan kasih sayang dan kelembutan. Kita sering tertumpu kepada wajah islam sebagai satu agam fiqh semata mata. Hanya dipenuhi semata mata dengan halal haram dan hukum hakam sehingga kita terlupa bahawa sebahagian daripadanya adalah kelembutan, kasih dan sayang.

2- Saya sentiasa menangguhkan cadangan kepada diri untuk menulis entri seperti itu sehingga lah hari ini. Apa bila saya melihat rungan komentar untuk entri saya yang bertajuk Generasi Nasyid Malaysia Yang Jengkel apatah lagi apabila melihat diri saya sendiri ada membalas komen-komen dengan nada yang sedikit keras.

3- Saya masih lagi berdiri dibelakang entri saya. Kebanyakan kumpulan nasyid pada hari ini terlalu gemar menggunakan nama-nama yang tata guna nahu yang SALAH. Tidak kira lah jika kumpulan itu lama atau baharu. Saya hanya menyebut beberapa nama sekadar sebagai contoh. Terlalu banyak nya nama-nama yang melucukan ini sehingga saya tidak mampu menyebut kesemuanya.

4- Sekiranya ada yang mampu mematahkan hujah saya atau ada dikalangan saudara-saudara yang mampu mengeluarkan hukum-hukum tatabahasa yang menunjukkan penggunaan nama ini betul, maka saya sekali-kali tidak akan menghalang anda. Hanya nama sahaja yang melucukan, Nasyid Cafe tidak pernah mempersoalkan niat dan objektif kumpulan-kumpulan ini. Soal niat bukanlah untuk makhluk untuk menghukum dan menilai. Seperti mana haramnya kita menghukum sipolan yang tidak menutup aurat itu sebagai ahli neraka.

5- Apa yang menyedihkan adalah adab pergaulan kita sesama muslim. Layakkah kita membuat teguran tentang adab seseorang itu memberi pandangan sedangkan kita sendiri tidak mempunyai adab dan tidak menunjukkan adab yang baik. Soalan ini saya tujukan pada diri saya sendiri dan saya berharap anda boleh cuba bertanya pada diri anda juga.

6- Wujudkan konsep Qisas moral dalam Islam? Sekiranya anda berhadapan dengan orang yang tidak mempunyai akhlak, maka anda juga perlu membuang akhlak anda? Adakah ini yang diajar oleh Baginda Rasulullah? Tidak pernahkan anda membaca kisah daawah Baginda di Thoif? Anda mengaku sebagai pendokong setia hiburan islami tetapi adakah cara dan adab anda didalam menepis dan menyangkal hujjah menunjukkan mesej yang dibawa oleh penasyid penasyid yang anda dokong itu terkesan didalam diri anda? Tanyalah diri sendiri.

7- Seorang muslim yang mempunyai hikmah didalam cara dakwahnya akan menjawab hujjah hujjah dengan baik. Ini baru sahaja berdepan dengan hujjah sesama saudara islam dan belum lagi berhujjah dengan bukan muslim. Nilai lah diri sendiri dan tanya lah pada diri, adakah cara aku ini cara yang berhikmah? Adakah cara aku ini cara yang arif dan bijaksana? Soalan ini saya tujukan pada diri saya dan saya harap anda boleh cuba bertanyakan pada diri anda soalan yang serupa.

8- See heart now. Dont angry angry because we all are buddy. Let us go and feel honey together gether.

source : nasyid cafe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: