Nasyid Cafe: Generasi Nasyid Malaysia Yang Jengkel.


1- Generasi baru nasyid malaysia sangat membosankan. Ya, satu fakta yang tidak boleh disangkal. Kecuali beberapa kerat sahaja yang tampak ada usaha untuk menjadikan nasyid sebagai medan seni islami yang prolifik dan berstatus tinggi. Hari ini saya mencuri sedikit masa yang terluang untuk menyusur klip klip lagu lagu nasyid dari keluaran kumpulan-kumpulan nasyid generasi baru yang berlambak-lambak dewasa ini dan keputusannya menyedih kan.

2- Pertama sekali, saya ingin bertanya, apa yang menariknya tentang mengubah ejaan perkataan melayu untuk kelihatan seperti keinggerisan, sehinggakan hampir kesemua kumpulan nasyid generasi baru pada hari ini menggunakan formula tersebut? Kadang-kadang ejaannya tidak masuk akal apatah lagi sebutannya ejaan ejaan tersebut kadang-kadang tidak seperti yang ingin disebut pada asalnya.

3- Telah menjadi satu trend juga untuk menggabungkan dua perkataan inggeris menjadi satu perkataan melayu. Apa yang gagal untuk difikirkan adalah maksud perkataan-perkataan yang digabung ini kadang-kadang salah dari segi nahu inggeris apatah lagi maksudnya. Kadang-kadang maksud nama kumpulan-kumpulan ini menjadi tidak masuk akal. Ini lah masalahnya bila penguasaan inggeris tidak seberapa tetapi tidak pula mahu merujuk kepada mereka yang lebih arif dalam bahasa tersebut. Memalukan.

4- Perkataan seperti One dan Heart adalah di antara perkataan yang sangat popular untuk dikepilkan bersama dengan perkataan lain untuk dijadikan nama kumpulan nasyid. All One, Saff One, Nur One, Feel One, Riz One, Mee One Tan, One Utama dan sebagainya. Letih dan kadang kala melucukan melihat bagaimana kumpulan-kumpulan baru hari ini boleh mendapat ilham untuk keluar dengan nama-nama yang sungguh tidak original ini.

5- Adakah ini yang dinamakan sebagai mengantarabangsakan nama dan menjenamakan kumpulan supaya lebih tampak antarabangsa? Atau agar nama kumpulan-kumpulan anda mempunyai 15 maksud yang berlainan?

“Dalam bahasa arab maksudnya ini”
“Dalam bahasa melayunya pula maksudnya ini”
“Dan kalau di pandang dari sudut ini, ianya perkataan inggeris yang bermaksud ini”
“Ia juga boleh dibaca dalam dialek Urdu”

6- Tidak pula kita dengar Raihan di eja dengan ejaan Ray-Hunt atau Hijjaz di eja sebagai He-Just atau Rabbani di eja dengan Rob-Bunny (Haha). Apa yang lebih melucukan adalah mereka-mereka ini boleh menghuraikan maksud nama kumpulan mereka sehingga boleh dibuat satu ceramah kecil.

“Kami memilih nama Ray-Hunt kerana dalam bahasa arab ianya bermaksud haruman syurga. Dalam bahasa inggeris perkataan “Ray” bermaksud cahaya manakala “Hunt” pula bermaksud memburu. Jadi kami sebenarnya memburu cahaya ilahi”
“He-Just dalam sebutan melayunya Hijjaz adalah salah satu dari jenis bacaan bertarannum seperti Nahwan, Bayati atau Ras. Tapi dalam bahasa inggerisnya bermaksud Dia Adil. Dia merujuk kepada Tuhan. Nama kami menunjukkan betapa adilnya Tuhan kepada kita semua”
“Kami merompak arnab”

7- Ini semua adalah gejala tipikal pemikiran melayu. Janji bunyi inggeris semua dibelasah. Now See Heart, sekarang lihat hati. Feel Honey, rasa madu. Are Buddy, semua seorang kawan baik, In Heart, dalam hati dan sebagainya. Senarainya akan berterusan dan berterusan. We should now see heart before you and I feel honey because you and I are buddy, you will always be in heart. Classic ENGRISH. Tidak kedengaran seperti terencat akal kah?

8- Bagi saya senang sahaja, sekiranya memilih nama melayu, eja sahaja dalam bahasa melayu. Sekiranya memilih nama inggeris, eja sahaja dalam bahasa inggeris. Tak perlu lah hendak mencampur campurkan bahasa melayu, arab, tamil nadu, inggeris, jawa menjadi satu nama untuk kedengaran antarabangsa dan bervariasi makna. Kalau nahunya betul boleh lah juga dimaafkan, tapi sekiranya salah? Hanya menjadi gelak tawa kami kami di Nasyid Cafe. Sekian.

source : Nasyid Cafe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: