Nasyid Cafe: Generasi Peminat Nasyid Malaysia Yang Sempit.

1- Ya, adalah suatu fakta jelas yang sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa majoriti peminat-peminat nasyid pada hari ini berfikiran sempit, jengkel, melucukan dan kadang-kadang kurang cerdik. Kadang-kadang apabila kami di Nasyid Cafe membuat pemerhatian, peminat-peminat nasyid khususnya generasi era milenia yang sering disajikan dengan nasyid-nasyid yang mempromosikan berteman lelaki dan berteman wanita (cara islam?), adalah tidak jauh bezanya dengan peminat-peminat yang obses dengan penghibur-penghibur bukan islam seperti Lady Gaga atau Justin Bieber.

2- Anda kurang percaya? Cuba lemparkan satu dua kritikan terhadap kumpulan-kumpulan nasyid kegemaran remaja pada hari ini seperti Inteam, Unic atau Mirwana. Anda akan lihat berbondong-bondong pemuda-pemudi pembela bangsa datang mempertahankan kumpulan-kumpulan kegemaran mereka. Tidak kira lah sebernas, seikhlas dan sepositif mana pun kritikan anda. Anda sebagai pengkritik akan sentiasa berada dipihak yang salah.

Alah, awak nak kritik-kritik ni awak tu boleh ke buat? Dah la muka macam beruang.

3- Budaya ini tidak ada beza langsung dengan budaya peminat-peminat artis luar negara seperti Lady Gaga atau Justin Bieber. Terdapat berpuluh-puluh blog dan laman web diluar sana yang direka khusus untuk mempertahankan artis pujaan mereka. Cuma di Malaysia, kami masih belum menemui lagi website-website seperti itu.

4- Kepada mereka-mereka yang sudah mula berasa panas telinga dan bakal berubah menjadi The Incredible Hulk berbadan hijau berseluar koyak pada bila-bila masa sahaja lagi, jangan salah faham. Kami bukan menilai tahap IQ anda semua tetapi mentaliti anda atau cara anda berfikir. Mentaliti peminat nasyid yang jengkel. Bukan semua tetapi majoriti. Ya, majoriti.

5- Yang hairannya, kadang-kadang kumpulan-kumpulan yang dikritik itu sendiri mampu memproses kritikan-kritikan yang dilemparkan kepada mereka dengan baik. Yang menjadi masalah adalah peminat-peminat yang memuja mereka. Terlalu kasarkah menggunakan perkataan “memuja“? Dinafikan atau tidak, begitulah hakikatnya. Betapa maksumnya artis pujaan mereka. Nasib baik tak hadiahkan pulut kuning dan ayam golek setiap malam jumaat.

Saya minat betul dengan kumpulan SeeHeartIsTrue, nah ambik lah pulut kuning, buah oren sama ayam golek ni

6- Apa yang menghairankan, fenomena memuja artis nasyid ini tidak pernah wujud di era-era Nada Murni pada awal 90an atau era Raihan di akhir 90an. Era-era ini menyaksikan nasyid masih lagi belum dicemari dengan nasyid-nasyid yang mempromosikan cinta lelaki wanita (cara islam?). Kumpulan-kumpulan nasyid pada masa itu masih lagi jitu dengan mesej-mesej islami dan ketuhanan yang lebih berkesan. Paling kuat pun, nasyid mereka bermesejkan cinta insani yang lebih umum dan luas.

7- Melangkah ke era milenium kita disajikan dengan lagu-lagu cinta yang diselitkan beberapa perkataan islamik seperti Syariat dan Sunnah untuk menampakkan lagu-lagu cinta ini sebagai lagu-lagu cinta yang berlandaskan agama dan hukum hakam. Bermula dari era ini lah pemuja-pemuja munsheed mula wujud. Ianya amat menyedihkan namun begitulah resam dunia hiburan.
8- Ya resam dunia hiburan. Kita terperangkap dengan resam dunia hiburan. Dunia hiburan mana yang tidak mempunyai peminat-peminat fanatik. Daripada Akademi Fantasia kepada Siti Nurhaliza, daripada Brtiney Spears kepada Metallica, semuanya mempunyai peminat fanatik yang akan membela artis pujaan mereka walau dengan apa cara sekalipun. Sayangnya, nasyid juga tidak terlepas daripada resam dan budaya ini, maaf cakap, terutamanya dari kaum hawa.
9- Anda ada pendapat yang berbeza? Sila kongsi diruangan komen.


See the article here:

Nasyid Cafe: Generasi Peminat Nasyid Malaysia Yang Sempit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: