Nasyid Cafe: Islam Agama Fitrah.

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman. Hari ini saya ingin memberikan sedikit pendapat yang mungkin boleh sama-sama kita renungkan dan fikirkan. Insya Allah semoga kita bersama-sama beroleh manafaat dan faedah darinya. Pendapat ini hanya lah pendapat dan ianya bukanlah satu fatwa yang tidak boleh diperdebatkan. Di Nasyid Cafe pintu ijtihad (berpendapat) sentiasa terbuka.
  2. Nasyid, Nasheed atau Anasheed, bagaimana ia dieja bergantung kepada faktor geografi tetapi ianya membawa maksud yang sama iaitu hiburan dalam islam. Ianya bukan lah maksud nya secara literal tetapi sekadar pemahaman umum, nasyid adalah hiburan islam, nyanyian kerohanian yang islami. Memerlukan hiburan adalah norma atau fitrah manusia dan ianya merupakan anugerah Allah yang seharusnya dihargai dan difahami selama mana ianya tidak melalaikan.
  3. Apa itu fitrah? Fitrah bermaksud semula jadi. Ianya sememangnya tersedia ada tertanam didalam diri manusia. Sebagai contoh, keperluan untuk makan adalah fitrah. Ianya ada didalam diri manusia secara semula jadi dan tidak terbentuk dari ajaran atau keadaan. Kita tidak diajar untuk makan tetapi diajar cara dan apa untuk dimakan. Setiap makhluk perlukan makanan. Itu fitrah. Hiburan adalah fitrah. Kita tidak diajar untuk berhibur tetapi kita ingin dihiburkan secara semula jadi. Kita bersiul sendirian, menyanyi sendirian. Kenapa? Kerana nurani kita perlukan hiburan. Itu fitrah. Semulajadi.
  4. Apa yang dimaksudkan sebagai hiburan? Apa sahaja yang boleh membuat manusia merasa gembira, tenang dan tidak merasa kesunyian walaupun bersendirian. Kucing dipelihara kerana ia menghiburkan. Pakcik-pakcik di kampung memilih untuk membela bintang seperti lembu atau kambing kerana ianya menghiburkan. Ya. Itu juga dinamakan hiburan.
  5. Apa yang saya faham tentang hiburan islam. Hiburan islam adalah apa sahaja bentuk hiburan yang mempromosikan islam. Hiburan dalam islam pula adalah persepsi agama terhadap hiburan. Hiburan islam dan hiburan dalam islam adalah dua perkara yang berbeza.

source : http://nasyidcafe.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: