Nasyid Cafe: Nasyid Dibunuh oleh Sibuta, Situli dan Sibisu.

1- Dikala ini sahabat saya dari kolektif nasyid underground sedang rancak menguruskan satu pertandingan nasyid underground dimana kumpulan-kumpulan baru berpeluang untuk menghantar klip klip persembahan mereka untuk dinilai sebelum 6 kumpulan daripada kumpulan-kumpulan yang menghantar klip dipilih untuk mengadakan persembahan yang saya percaya akan dinilai oleh juri.
2- Sambutan saya percaya amatlah menggalakkan, semoga berjaya saya ucapkan kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding. Ini bukan sahaja menunjukkan bahawa generasi baru hari ini proaktif malah mempunyai apa yang diperlukan untuk menyambung perjuangan mereka mereka yang terdahulu.
3- Saya seperti biasa akan memberikan komen-komen kepada setiap klip klip yang dihantar. Walau tidak mempunyai apa apa kelayakan formal, sebagai pendengar biasa, saya kira saya masih mempunyai hak untuk membuat penilaian sebagai seorang pendengar. Namun sejauh mana kumpulan-kumpulan ini mampu menerima kritikan? Itu terserah dan terpulanglah kepada kumpulan itu sendiri. Namun yang membuatkan saya ketawa terbahak-bahak bersama rakan-rakan adalah peminat peminat fanatik mereka yang begitu membela kumpulan kegemaran mereka. Perhatikan screencap dibawah.
klik gambar untuk imej yang lebih besar
4- Renova merupakan salah satu kumpulan yang saya kira layak memenangi pertandingan itu kerana susunan harmoninya sangat baik pada pendapat saya. Untuk ada gelinciran harmoni dan pitch yang tidak kesampaian itu saya kira perkara biasa.
Source : Nasyid Cafe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: