Nasyid Cafe: Nasyid & Intelektualism.

1- Sampai bila kita hendak membiarkan nasyid menjadi hiburan yang tidak mampu menonjolkan nilai intelektualism dalam islam? Apa itu intelektualism? Baiklah, anda boleh berhenti membaca sekarang dan pergi menonton sinetron kegemaran anda yang mungkin sedang ditayangkan di kaca televisyen.

2- Saya membelek-belek beberapa blog-blog nasyid  untuk membaca apa-apa perkembangan terbaru dunia nasyid hari ini apabila saya membaca rencana-rencana yang kononnya membidas kembali rencana saya tentang nama-nama kumpulan nasyid hari ini yang saya kira gagal memberi impresi awal tentang kedudukan ilmu didalam islam.

3- Saya kira penulis rencana itu gagal memahami intipati rencana saya tempohari. Gagal pun mungkin tidak pernah segagal itu. Sekali lagi saya tekankan bahawa kami di NasyidCafe hanya memberi teguran kepada kumpulan-kumpulan yang mempunyai nama gabungan bahasa inggeris yang mana tatanahu (grammar) nya salah. Kami bukannya melancarkan perang sabil terhadap kumpulan yang menggunakan nama inggeris tetapi hanya kepada nama inggeris yang nahunya salah! Baca dengan mata, bukan dengan lutut.

4- Nama bahasa inggeris dengan nama bahasa inggeris dengan tatanahu salah adalah dua perkara yang berlainan. Ada yang membangkitkan isu kenapa kami tidak menggunakan nama kumpulan seperti Brothers sebagai contoh. Senang sahaja jawapannya; tidak ada kesalahan nahu. Apa itu nahu? Anda boleh berhenti membaca sekarang dan kembali menonton Sehati Berdansa yang mungkin sedang disiarkan di kaca televisyen sekarang ini. Tidak perlu membuang masa membaca sesuatu yang otak anda tidak mampu proses.

5- Kenapa kami begitu jelek dengan nama-nama kumpulan-kumpulan seperti ini? Kerana “golongan bijak pandai dan para cendekiawan” nasyid ini gagal untuk menghormati ilmu nahu dan secara tidak lansung tidak berlaku adil didalam menampilkan taraf sebenar ilmu disisi islam.  Adakah itu adil? Adakah itu konsep ‘adalah dalam islam? Meletakkan sesuatu pada tempatnya?

6- Alasan yang biasa kami dengar adalah nama tidak penting. Apa yang penting adalah matlamat dan mesej yang ingin disampaikan. Begitulah pemikiran manusia melayu sempit lagi absurd yang memandang enteng terhadap aspek aspek tertentu didalam dakwah dan ilmu, apatah lagi jika hendak bercerita tentang nilai cendekia. Kosong. Zilch. Nada. Amat memalukan.

7- Sampai bila nasyid hanya perlu ditumpukan kepada kawasan luar bandar? Bila lagi nasyid hendak dimodenkan dalam erti kata sebenar? Bukan sekadar pada muzik tetapi dari segi keterampilan? Bila lagi hendak menumpukan perhatian kepada remaja-remaja yang lebih terbuka pemikirannya dan lebih terdedah kepada wacana ilmiah luar islam seperti sahabat-sahabat saya yang komunis, sosialis, marxists, anarkis dan lain lain? Sekiranya anda menyangka komunis itu adalah hanya tentera-tentera bintang tiga pasca merdeka, maka anda boleh berhenti membaca blog ini. Berhenti membaca sekarang dan pergilah melakukan perkara yang memberi faedah lain kepada anda.

8- Anda ingat remaja-remaja ini boleh tertarik dengan nama kumpulan seperti Are Friend? “Are” digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang jumlahnya lebih dari satu atau pun plural. “Friend” pula perkataan singular yang bermaksud kawan. Ini adalah kesalahan grammar sekolah rendah!!! Sekolah rendah!!! He is a friend.  Singular. Dimana anda semua apabila guru mengajar tentang singular dan plural? Tidur??? Perlu saya sentuh tentang nama-nama kumpulan lain? Maaf kepada kepada yang tersinggung tetapi itulah hakikatnya.

9- Sebelum anda mampu memberikan penjelasan tentang mesej didalam lagu anda, anda sudah pun tertunggang terbalik kerana tidak mampu menjelaskan kenapa nama kumpulan anda salah grammar yang diajar di sekolah rendah. Atau anda lebih gembira dengan gelaran penasyid-penasyid yang bodoh? Fikirlah. Bak kata M.Nasir:
lihat dunia dari mata burung bukan lihat dari bawah tempurung.

sumber: Nasyid Cafe: Nasyid & Intelektualism.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: