The Making Album ‘F I N E – Motivation for All’

Alhamdulillah pertama sekali kami ingin memohon kemaafan kepada semua kerana sudah lama tidak menceritakan tetang perkembangan terkini FME, untuk pengetahuan semua, FME sekarang sibuk menyiapkan album pengenalan F I N E – Motivation for All yang dijangkakan akan siap dalam bulan januarai nie juga…..sama-sama kita doakan…..Di sini kami pihak pengurusan FME akan menceritan tentang perjalan album ini, untuk pengetahuan semua, album ini merupakan hasil karya F I N E sendiri 100%, dari segi penulisan lirik dan juga penciptaan lagu, dari segi pengurusan artis, terbitan dan edaran dilakukan oleh Fine Music Entertainment sendiri…..Jom lihat sebalik tabir album ini satu persatu……

PENGHARGAAN FME

Segala puji-pujian kami hamparkan kehadrat Allah S.W.T. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib Al-Amin. Qudwah Hasanah pembimbing umat manusia hidup berlandaskan dustur Ilahi. Tidak dilupakan sejambak kasih buat Ummahatul Mukmin Sri Kandi Agama para sahabat yang memperjuangkan Ad Deenul Hanif dan seluruh umat manusia yang berlindung di bawah kalimah Tauhid.

Alhamdulillah, dengan segala kemampuan yang terbina di atas seribu satu kelemahan yang ditakdirkan, akhirnya dengan izinNya jua Album pertama “FINE- MOTIVATION FOR ALL” yang bertemakan motivasi serta mengabungkan elemen-elemen muzik yang berkonsepkan kontemporari serta moden maka lahirlah karya seni yang menambat seribu erti lagi menenangkan. Ribuan malahan jutaan terima kasih “Jazakallahu khairanl katsira” ditujukan khas buat seluruh ahli keluarga kami, para sahabat, teman-teman seperjuangan dan pastinya para penyokong tersayang terutamanya FINEFRIENDS FC yang tidak pernah jemu menyokong perjuangan kami serta setia menanti kemunculan album ini, seterusnya mendoakan kejayaan kami.

Terima kasih tidak terhingga juga buat semua penerbit, seperti Abd Halim Ahmad ( NEUROTIC STUDIO ), MFH ( SOULART STUDIO ), dan Zulhilmi THE MESAGGES, para penyusun muzik seperti MFH ( Soulart Studio ) & En. Harun Bin Ahmad ( Harun Home Studio ) untuk lagu Disini, Melakar Cita, Sayang Ibu dan Kuharap Cinta Mu, serta Abd Halim Ahmad ( Neurotic Studio ) untuk lagu Kau Teman yang menyusun muzik yang ‘fabulous’. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Harun Ahmad selaku pemain Gitar dan tidak di lupa juga kepada En. Che Mat Long selaku pemain violin. Seterusnya penghargaan kepada Saudari Atiqah & Siti Syalinah yang sudi menjadi suara latar untuk lagu Sayang Ibu, terima kasih. Seterusnya buat para pengedar, wartawan, DJ-DJ, stesen-stesen radio, dan televisyen yang terlibat dalam mempromosikan album ini. Jasa kalian tidak dapat dilupakan. Namun, tidak dilupakan juga sama sekali kepada para munsyid serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan album yang tidak seberapa ini. Dipetik serangkap kata “ Yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama”. Jasa anda semua tidak bisa kami lupakan sampai bila-bila. “Syukran jazilan”.

Terimalah produk sulung daripada Fine Music Entertainment……

F I N E – MOTIVATION FOR ALL

Wallahu a’alam, Wassalam…..

Track 1:

DI SINI

Song by Aneep ( Fine Music Entertainment )
Lyrics by Aneep & Naeim ( Fine Music Entertainment )

HAMBALI
Di sini tempat bermula
Aku mencari ilmu yang berguna
Dan di sini lah tempat bermula
Semangat jua tuk mencari ilmu

AFIQ
Dan di sini tempat ku bermula
Tempat ku mengejar impian yang satu

ANEEP
Dan di sini ku temui cinta
Yang tulus dan suci yang kekal selamanya

AFIQ
Dan aku terus langkahku
Agar impian kan menjadi nyata
Biar rintangan yang kan mendatang
Ku tempuhi nya semangat membara

AFIQ
Dan di sini tempat ku bermula
Tempat ku mengejar impian yang satu

ANEEP
Dan di sini ku temui cinta
Yang tulus dan suci yang kekal selamanya

AFIQ
Dan di sini tempat ku bermula
Tempat ku mengejar impian yang satu

ANEEP
Dan di sini tempat ku bermula
Tempat ku mengejar impian yang satu
Dan di sini ku temui cinta
Yang tulus dan suci yang kekal selamanya

Produced by MFH ( Soulart Studio )
Recorded at Soulart Studio
Mixed by Taqien @ Team Production ( Indonesia )
Mastered by Taqien @ Team Production ( Indonesia )
Music Arranged by MFH ( Soulart Studio ) & Harun Ahmad ( Harun Home Studio )
Bass by Harun Ahmad ( Harun Home Studio )
Guitar by Harun Ahmad ( Harun Home Studio )
Back Up Vocals by FINE & MFH

continue to Album ‘F I N E – Motivation for All’

Original post:
The Making Album “F I N E – Motivation for All”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: